Kelas Multimedia (Kolaj)

31 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 30 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan am kepada peserta tentang cara membuat gambar kolaj. Kolaj merupakan imej beberapa gambar yang telah disatukan menjadi satu gambar.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai fungsi aplikasi online yang boleh digunakan untuk membuat kolaj iaitu laman sesawang www.photocollage.com . Sebelum aktiviti dijalankan petugas meminta peserta mencari pelbagai gambar menggunakan enjin carian Google. Gambar yang telah dicari disimpan terlebih dahulu ke desktop. Setelah tersebut, peserta membuat kolaj dan mengedit gambar seperti teks dan menambah sticker supaya hasil kolaj kelihatan lebih menarik. Hasil tugasan diberi tajuk mengikut kesesuaian gambar yang telah dipilih. Kelas diakhiri dengan sedikit sesi ulangkaji pembelajaran dan sesi soal jawab untuk pemahaman.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali